Wednesday, 8 October 2014

PAKEJ MINANGKABAU 3D2N

Hari 1

Korang akan tiba di Minangkabau International Airport dan dijemput oleh local guide sana. Then, korang dibawa bersiar-siar di sekeliling Padang yang merupakan ibu kota Sumatera Barat dan merupakan pintu gerbang ke dataran tinggi Minang. Tempat lain yang korang akan lalui antaranya pinggiran pantai Padang (Maybe Pantai Air Manis yang berkaitan dengan legenda Malin Kundang di Sumatera Barat….kat Malaysia kita panggil ‘Si tanggang’) dan daerah Kampung Cina dimana terdapatnya bangunan-bangunan lama bekas peninggalan Belanda dan rumah ibadah bagi kaum Cina yang dibangunkan pada abad ke 19.


Perjalanan korang seterusnya adalah mengunjungi muzeum adityawarman yang merupakan muzium budaya terpenting di Sumatera Barat since banyak barang bersejarah Minangkabau di simpan disitu dan sebab tu tempat tu dipanggil sebagai Taman Mini ala Sumatera Barat. Makan tengah hari korang di local restaurant tau.


Siap makan tengah hari, korang akan terus perjalanan ke Bukittinggi yang merupakan pusat kebudayaan Sumatra Barat, terletak di dataran tinggi sebelah utara Padang di bukit Agam. Dalam perjalanan nanti korang akan singgah makan malam di local restaurant sebab maybe dah nak dekat malam. Bila dah sampai sana, korang terus ke hotel untuk check in and then you got free program after that to do whatever you want. 


Hari 2

Say gud morning to yours second day, people…!!! Mula-Mula korang akan breakfast di Hotel. Then, korang start tour dengan menuju ke Kota Payakumbuh, yang memiliki keindahan hamparan sawah hijau, sebelum korang ke Lembah Harau yang ada citer tersendiri kenapa ia bernama ‘Lembah Harau’ dan memiliki tanah yang subur serta keindahan pemandangan alam yang menawan. Lembah Harau turut dinamakan sebagai ‘Lembah Yosemite di Indonesia’ sebab memiliki keindahannya seperti Taman Nasional Yosemite yang terletak di Sierra Nevada California. Lunch hour time kat local restaurant yee….


Selesai menjamu selera, korang akan continue tour menuju ke kota bersejarah di Minangkabau (Batu Sangkar) untuk mengunjungi Kilang Kopi Kiniko yang merupakan salah satu kilang kopi terkenal di sumatera barat dan korang boleh rasa air kopi daripada daun kawa yang dipanggil kopi kawa yang diminum melalui tempurung dan dicampur gula skit pastu kacau dengan kulit kayu manis secara percuma jugak (Makanan kena bayar tau…).


Seterusnya, korang akan ke Istana Pagaruyung atau nama lain adalah ‘Istano Basa’, ia terletak di Tanjung Emas, Batusangkar dan sememangnya sebuah istana yang besar, cantik dan unik sekali binaannya. Kalau korang nak tau, Istano Basa yang berdiri sekarang nie sebenarnya replika dari istana asal dan kalau korang nak tau mana lokasi asal Istana nie korang kenalah pergi sana....hohoho...  


Dah penat tour nie korang mesti nak rehatkan…? Atau pun korang nak jalan sendiri…? No problem punya, sebab lawatan korang akan tamat dengan korang balik ke hotel di kota bukittinggi but only after dinner in local restaurant and then free program.

Hari 3

Dah siap sarapan pagi di hotel nanti korang akan check out hotel dan dibawa ke Jam Gadang yang merupakan ikon Bukittinggi. Dalam bahasa Indonesia, Jam Gadang bermaksud jam besar. Mempunyai ketingginya 26 meter dibangunkan pada tahun 1826 sebagai hadiah dari Ratu Belanda kepada Rook Maker (Maybe Dato Bandar kota tu dulu kot….???).  


Tour korang dilanjutkan ke Puncak Lawang yang merupakan salah satu kawasan pelancongan yang sangat terkenal di wilayah Sumatera Barat. Disana nanti korang akan dapat menikmati pemandangan danau maninjau dan gunung-ganang di sumatera barat sambil terbang menggunakan Paralayang (Kalau sempatlah…). Lunch macam biasa kat local restaurant kawasan situ.


Sebelum korang bertolak ke airport untuk check in dan balik, korang akan singgah sebentar di tepian Danau Maninjau yang indah. Dengan seluas 100 m², danau ini  untuk pengetahuan korang adalah merupakan kejaiban alam yang luar biasa dan tempat yang terbaik untuk menenangkan diri dan menikmati suasana hidup yang tenang dari kesibukan kota…hohoho…. 


Words for today....




Hai semua....!!!

Dah nak dekat sebulan kita orang tak jumpa korang....rindunye...>_<

Sorrylah sebab kita orang busy skit dengan personal matter but here we are...!!!

Kejap lagi kita orang akan post pakej Minang kat blog nie so sesiapa yang berminat nak pegi bolehlah tepon no. kat blog nie dan maybe dalam minggu nie atau minggu depan kita orang akan post pakej Medan....

Hohoho... cakap pasal Medan nie baru teringat yang bulan depan kita orang maybe akan ke Medan tuk shoppinglah apa lagi tapi hopefully jadilah....^_^


So,,,,rasanye sampai sini ajelah kot.....Gud nite everyone!!!




Sunday, 28 September 2014

Honeymoon In Bali

Yooohooo.....E & I disini...!

Hari tu kita orang ada citer pasal pakej Bandungkan..? Pastu kita orang citer pasal Bali and Bali adventurekan...? So, hari nie kita orang nak citer lagi 1 pasal ‘Jom Bali’ jugak.....erk...!

Sorry salah pulak ‘Jom Bali’ tu nama Restoran.....yang E & I nak cakap nie pasal ‘BALI, Indonesia’ syurga bagi para pelancong dari seluruh dunia datang untuk relax.....hohoho.


Tapi Pakej Bali yang kita orang nie nak citer nie lain sikit sebab nie untuk mereka yang dah married, senang cakap pakej ni sesuai untuk hubby & wifey yang nak pi Honeymoon lah....(tak kiralah dah berapa banyak kali hanoymoon yang korang dah pergi....)



Pakej 2 (3HARI 2MALAM)

Aturcara Perjalanan

Hari 1

Since korang sampai petang dan mesti dah lapar giler ya amat bukan...? So, untuk hari pertama korang di Bali, korang akan di bawa mengunjungi Bounty Dinner Cruise sambil menikmati suasana makan malam yang romantik...Kat kapal tu korang boleh pilih nak makan ramai-ramai atau berdua sambil ditemani muzik romantik. Selain tu, korang akan di hiburkan oleh petunjukan tarian oleh penari atas kapal sebelum korang akandi hantar balik ke hotel.


Hari 2

Untuk aktiviti hari ke 2, korang akan diberi peluang memakai pakaian adat tradisi perkahwinan dan gambar akan di tangkap oleh Puri Cendana Photoshop. Hmmmm....tak rugi kalau korang ambik gambar sebab pakaian dia memang giler power lawa....


Seterusnya, korang akan ke  Pantai Tanjung Benoa untuk Watersport Activity yang pasti membuat korang teruja sebab situ banyak giler aktiviti air yang dorang buat. Kalau tak caya korang boleh tengok gambar kat bawah ni...


Dah puas bermain kat pantai, korang akan menuju ke  Taman Budaya Garuda Wisnu Kencana (Garuda Wisnu Kencana Cultural Park), disingkatkan kepada GWK ini terletak di Tanjung Nusa Dua, Kabupaten, Bandung, kira-kira 40 kilometer di sebelah selatan Denpasar. Sebenarnya ada citer pasal patung-patung ni tapi kalau korang nak tau kenalah gi sana...huhuhu


Destinasi kita yang seterusnya adalah Bali Orchid SPA, bagi korang LADIES yang rasa penat ya amat bolehlah buat spa selama 2 jam di situ tapi MANS pun boleh buat spa jugak...jangan segan-segan, jangan malu-malu, sebab SPA ni ada macam-macam jenis so just relax.


Pura Uluwatu terletak di atas jurang dengan ketinggian 100m di atas permukaan laut dan ia adalah tempat pemujaan agama bagi penduduk di Bali satu ketika dulu. Kat situ nanti, korang akan berpeluang melihat show yang menceritakan pasal monyet...ala... yang macam ‘Monkey King’ tuuu....Sebelum terlupa, korang diingatkan sentiasa berhati-hati dengan pencuri disana which is ‘MONYET’ kawasan tu penuh dengan monyet liar so bagi sesiapa yang bawak beg sandang tepi and pakai spek mata be careful ok...


Last aktiviti untuk hari tu sebelum korang balik hotel adalah Sunset Dinner di Pantai Jimbaran, ia adalah tempat yang sangat indah dan romantis untuk pasangan yang dalam mood honeymoon menikmati makan malam special sambil ditemani matahari terbenam.


Hari 3

Pada hari tu korang akan diberi kebebasan untuk pergi ke mana-mana korang suka asalkan korang tak lewat untuk ke airport sudahlah.... 

Pakej Bali Adventure

Hai you all...!!!
E & I in the house.....>___<

Hari tu kita orang ada citer pasal pakej Bali kan? So, hari nie kita orang still akan citer pasal pakej Bali tapi  yang nie untuk you all yang suke sangat-sangat dengan adventure...so shall we proceed....?

Pakej 3 (3HARI 2MALAM)
Aturcara Perjalanan

Hari 1 (Banyak lawatan air laut ye...)

Jadual untuk hari pertama, korang akan di ambil kat airport pastu check in kat hotel sebelum korang dibawa pergi ke  Pantai Tanjung Benoa untuk watersport activity yang pasti membuat korang teruja sebab situ banyak giler aktiviti air yang dorang buat. Kalau tak caya korang boleh tengok gambar kat bawah ni...


Dah puas bermain kat pantai dan dah tukar baju, korang akan menuju ke  Taman Budaya Garuda Wisnu Kencana (Garuda Wisnu Kencana Cultural Park), disingkatkan kepada GWK ini terletak di Tanjung Nusa Dua, Kabupaten, Bandung. Ia terletak kira-kira 40 kilometer di sebelah selatan Denpasar. Sebenarnya ada citer pasal patung-patung ni tapi kalau korang nak tau kenalah gi sana...huhuhu.


Lepas korang mengunjungi GWK, korang akan dibawa makan di local restoran sebelum menuju ke Pantai Pandawa atau pun dikenal pula dengan nama Pantai Kutuh. Pantai Pandawa terletak di Bali Selatan, atau lebih tepat di Desa Kutuh, Kecamatan Kutu Selatan, Kabupaten Badung, Bali.Dulu pantai ini dikenal sebagai Secret Beach sebab lokasi yang berada di belakang tebing-tebing tinggi ditumbuhi oleh semak belukar tapi kini sebuah jalan telah di buat untuk menuju ke sana. Nama Pantai Pandawa diambil dari nama tokoh pewayangan Panca Pandawa dan di sebabkan itu bila korang masuk ke kawasan pantai, korang akan disambut  secara susunan berturutan oleh patung Pandawa Lima, iaitu: Yudhistira, Bima, Arjuna, Nakula, dan Sadewa. Kelima-limanya diukir dengan indah dan uniknya disimpan di dalam tebing-tebing kapur.


Pura Luhur Uluwatu terletak di atas jurang dengan ketinggian 100m di atas permukaan laut dan ia adalah tempat keagamaan bagi penduduk di Bali satu ketika dulu. Kat situ nanti, korang akan berpeluang melihat show yang menceritakan pasal ‘Ramayana’, ‘Sita’ dan ‘Monyet Putih’...ala...yang macam ‘Monkey King’ tuuu....Sebelum terlupa, korang diingatkan sentiasa berhati-hati dengan pencuri disana which is ‘MONYET’ kawasan tu penuh dengan monyet liar so bagi sesiapa yang bawak beg sandang tepi and pakai spek mata be careful ok...


Last aktiviti untuk hari tu sebelum korang balik hotel adalah Sunset Dinner di Pantai Jimbaran, ia adalah tempat yang sangat indah dengan matahari yang terbenam untuk pasangan  kekasih or dengan famili menikmati makan malam special untuk dijadikan kenangan ketika bercuti....


Hari 2

Perjalanan hari ke 2 korang akan dimulakan dengan aktiviti Ayung rafting atau Ubud rafting yang merupakan salah satu aktiviti rafting yang sangat digemari oleh para penduduk Bali dan pelancong asing. Nama ayung river rafting tu kalau korang nak tau dia diambil dari nama sungai ayung yang digunakan untuk tempat melakukan Bali rafting. Ubud rafting ini terletak di daerah desa payangan Ubud, sebuah desa yang masih mengekalkan budaya dan alam semula jadi. Sebelum terlupa, korang jugak akan makan tengah hari di Ubud rafting  since situ ada menyediakan makan tengah hari.


Aktiviti seterusnya, korang akan kunjungi Bali Bird Park untuk menyaksikan pelbagai jenis burung Indonesia didunia termasuk burung-burung exotic dari Afrika & Amerika Selatan. Kawasan itu meliputi area seluas dua hektar yang dipenuhi oleh pepohonan, taman tu menyediakan tempat tinggal hampir 1000 ekor burung dari 250 spesies burung. Selain itu, di sana ada juga haiwan reptilia seperti biawak, ular dan lain-lain lagi...so sesiapa yang enjoy haiwan reptilia ni bolehlah bergambar-gambar dengan reptilia tersebut.


Dah penat melawat pelbagai tempat, korang akan menuju ke local restoran untuk makan malam dan kembali ke hotel untuk berehat sebelum meneruskan aktiviti keesokan hari.

Hari 3

Hari terakhir di Bali, korang akan breakfast di hotel sebelum dibawa mengunjungi pusat oleh-oleh khas Bali iaitu Jogger, kedai yang menjual cendramata dengan ayat-ayat lucu. Sudah bershopping, korang akan lunch di local restoran dan kemudian dihantar menuju Airport untuk menaiki penerbangan balik.








Thursday, 25 September 2014

Pakej Bali 1

 Pakej 1 (3HARI 2MALAM)
Aturcara Perjalanan

Hari 1

Korang akan dijemput di Bandara Ngurah Rai Bali Airport dan dibawa makan tengah hari sebelum mengunjungi Pura Tanah Lot. Tanah Lot sebuah tempat pelancongan di Bali yang menawarkan keindahan alam saat matahari terbenam. Keunikan Pura Tanah Lot ialah tempatnya yang terletak di tengah laut kira-kira 300 meter dari bibir pantai. Tanah Lot diambil dari perkataan ‘Tanah’ yang bermaksud sebagai batu karang, ‘Lot’ atau ‘Lod’ pula bermaksud laut. Jadi Tanah Lot dimaksudkan tanah yang ada di tengah laut.


Seterusnya you all akan menuju ke Pantai Kuta untuk melihat Sunset atau pun dalam BM matahari terbenam. ...romantik gitu....hohohho....Kalau korang sampai awal sebelum matahari terbenam, korang boleh aje enjoy buat aktiviti air kat situ.


Then, aktiviti untuk hari tu akan ditamatkan dengan makan malam sebelum check in di hotel...maa...

Hari 2

Jadual perjalanan korang akan bermula dengan breakfast di hotel sebelum ke Pantai Tanjung Benoa untuk Watersport Activity yang pasti membuat korang teruja sebab situ banyak giler aktiviti air yang dorang buat. Kalau tak caya korang boleh tengok gambar kat bawah ni...


Dah puas bermain kat pantai dan dah tukar baju, korang akan dibawa untuk lunch di local restoran. Kemudian menuju ke Taman Budaya Garuda Wisnu Kencana (Garuda Wisnu Kencana Cultural Park), disingkatkan kepada GWK ini terletak di Tanjung Nusa Dua, Kabupaten, Bandung, kira-kira 40 kilometer di sebelah selatan Denpasar. Sebenarnya ada citer pasal patung-patung ni tapi kalau korang nak tau kenalah gi sana...huhuhu


Destinasi perjalanan korang akan diteruskan ke Pantai Dreamland yang  terletak di desa Pecatu, kabupaten Badung, beberapa kilometer sebelum Pura Luhur Uluwatu dari arah Denpasar. Tempat tu kalau korang pergi memang giler cantik, korang boleh relax, beriadah dengan famili kat situ. Next, korang akan makan malam dan balik hotel.


Hari 3

Breakfast di hotel untuk last day sebelum korang check out. Kemudian korang akan berangkat menuju ke Tirta Empul yang merupakan salah satu tempat yang wajib dikunjungi oleh para pelancong baik dari luar mahu pun di dalam negara. Di situ, terdapatnya mata air yang gunakan oleh masyarakat pemeluk agama Hindu, untuk permandian dan menyuci diri mereka. Korang yang beragama Islam tak boleh mandi air situ except pelancong non muslim boleh. Selain tu, korang akan diberi kain kuning untuk diikat di pinggang sebagai menghormati adat tempat tu.


Perjalanan korang akan diteruskan ke Kintamani. Kintamani adalah satu kawasan yang penuh dengan keindahan pemandangan Gunung Batur dan Danau Batur di Bali. Kawasan Kintamani terletak di Desa Batur, Kecamatan Kintamani, Kabupaten Daerah Tingkat II Bangli. Kawasan Batur pula berada pada ketinggian 900 m di atas permukaan laut dengan suhu udaranya berhawa sejuk pada siang hari dan dingin pada malam hari. Di sekitar kawasan ini juga berdiri megah Pura Ulundanu Batur yang merupakan salah satu Pura besar yang ada di Bali.


Sebelum meninggalkan Bali, untuk kali terakhir korang akan dibawa untuk  mengunjungi tempat Shopping di bali iaitu Mr.Kuta Gallery, disana nanti korang bolehlah membeli oleh-oleh atau barang kenang-kenangan korang ketika di bali untuk di bawa balik. Perjalanan terakhir di Bali adalah menuju ke Airport.


Wednesday, 17 September 2014

BALI





Bali is magical. As probably the most famous island in Indonesia, Bali blends spectacular mountain scenery and beautiful beaches with warm and friendly people, a vibrant culture and out of this world resorts.

Also known as the Land of the Gods, Bali appeals through its sheer natural beauty of looming volcanoes and lush terraced rice fields that exude peace and serenity. Bali enchants with its dramatic dances and colourful ceremonies, its arts and crafts, to its luxurious beach resorts and exciting night life.  For this exotic island has much to offer, from inspirational spirituality to fine dining and meeting experiences, from world class surfing and diving to exhilarating treks in the wild. And everywhere you will find intricately carved temples.

This is a miraculous island indeed, for after decades of popularity, Bali continues to amaze both local and international visitors alike.  Here gather a variety of visitors from around the globe: from those who come to surf the waves of Kuta, Uluwatu and Dreamland, to others who love the panoramic beauty of mountains and lakes at  Batur, Kintamani, or Lake Beratan at Bedugul, to those who merely love shopping or spend endless days on the beach.

Saturday, 13 September 2014

PAKEJ BANDUNG

Hai, Everyone...!!!

Tentu korang tak sabar-sabarkan nak tau pasal pakej-pakej percutian yang kita orang ada jual disinikan? So, first pakej percutian yang kita orang buat adalah....BANDUNG, INDONESIA...!!!.

Kita orang menawarkan 2 pakej percutian ke Bandung dengan harga yang berpatutan dan of course lah dengan servis yang terbaik punya...!!!

Pakej 1 (3 hari 2 malam)

Aturcara perjalanan


Hari 1


Korang akan tiba di Husein Sastranegara Airport / Stesen Bandung, kemudian akan menuju ke Tangkuban Perahu dimana wujudnya lagenda  Sang Kuriang. Nama Tangkuban Perahu ini diambil daripada Perahu tertangkup’ kerana dikatakan di tendang oleh Sang Kuriang dan tertangkup dipuncak bukit.


Seterusnya, korang akan menuju ke kolam air panas pengunungan Sari Ater, ia merupakan kolam air panas yang berasal dari gunung berapi. Kat situ korang boleh mandi atau merendam kaki. Ada yang kata, mandi air panas yang bercampur belerang boleh merawat beberapa jenis penyakit kulit.


Aktiviti seterusnya adalah memetik Strawberry di Taman Strawberry...!  Keadaan cuaca yang agak dingin menjadikan tempat ini sesuai untuk tanaman strawberry. Di situ nanti, Pemilik kebun akan memberikan korang raga dan korang pun bolehlah memetiknya sendiri...!


Then, bila dah penat memetik tu mesti korang rasa laparkan sooo....korang akan dibawa ke Floating Market Lembang untuk melihat pasar yang terapung dan  sambil tu menikmati lunch hour disana. Sebelum terlupa, untuk makan minum korang kena bayar guna token tau...!!!


Bila energy dah full, korang akan dibawa ke tempat yang sememangnya syurga membeli-belah bagi kaum hawa di Dago / Riau Factory Outlet.  Ia merupakan pusat fesyen terkini yang menawarkan pelbagai pakaian model terkini untuk lelaki, wanita dan kanak-kanak. Antara factory Outlet di sini ialah Blossom, Grande, Raffless, Glamour, Runaway, Jetset, Centre Branded​​​​​ dan banyak lagi...!


Untuk aktiviti malam pula, korang akan dibawa ke Sierra Cafe & Lounge  untuk dinner dan boleh menikmati permandangan indah seluruh Bandung di waktu malam sebelum kembali ke Hotel.


Hari 2

Untuk hari ke-2, korang akan breakfast di hotel dan kemudian akan  menuju ke Pasar Baru. Ia merupakan tempat membeli belah yang cukup popular bagi pelancong asing. Di sini korang boleh mendapatkan pelbagai barang dan sebagainya.


For lunch pula, korang akan dibawa ke Restoran Simpang Raya, yang menyediakan nasi padang kira-kira macam Nasi campur jugaklah. Restoran tu menyediakan pelbagai jenis lauk-pauk tetapi disarankan korang memilih lauk yang korang betul-betul nak makan aje...ehem...ehem...paham-paham lah ye....


Dah selesai lunch, korang seterusnya akan menuju ke Cihampelas dan Kartika Sari since tempat tu berada dalam area yang sama. Di Cihampelas, korang bolehlah shopping sebab barang-barang kat situ pun murah ada macam-macam pakaian di jual disana. Kartika Sari pula merupakan salah satu tempat yang biasanya 'wajib' dikunjungi oleh pelancong dan ianya popular dengan bakeries terutamanya kek lapis dan bermacam-macam lagi. Aktiviti hari kedua akan tamat dengan dinner di hotel.


Hari 3

Seperti biasa, breakfast akan disediakan oleh pihak hotel, kemudian  korang akan ada aktiviti bebas untuk korang pergi jalan-jalan sebelum korang akan dihantar ke bandar/ stesen untuk ke Airport. 


Macam mane..? menarikkan...? So apa yang korang tunggu lagi, cepat-cepatlah contact kita orang kalau nak ke Bandung dan menikmati semua yang telah kita orang explainkan tadi. Ini no. contact kita orang:

Miss Effa: 012-3102309