Saturday, 13 September 2014

PAKEJ BANDUNG

Hai, Everyone...!!!

Tentu korang tak sabar-sabarkan nak tau pasal pakej-pakej percutian yang kita orang ada jual disinikan? So, first pakej percutian yang kita orang buat adalah....BANDUNG, INDONESIA...!!!.

Kita orang menawarkan 2 pakej percutian ke Bandung dengan harga yang berpatutan dan of course lah dengan servis yang terbaik punya...!!!

Pakej 1 (3 hari 2 malam)

Aturcara perjalanan


Hari 1


Korang akan tiba di Husein Sastranegara Airport / Stesen Bandung, kemudian akan menuju ke Tangkuban Perahu dimana wujudnya lagenda  Sang Kuriang. Nama Tangkuban Perahu ini diambil daripada Perahu tertangkup’ kerana dikatakan di tendang oleh Sang Kuriang dan tertangkup dipuncak bukit.


Seterusnya, korang akan menuju ke kolam air panas pengunungan Sari Ater, ia merupakan kolam air panas yang berasal dari gunung berapi. Kat situ korang boleh mandi atau merendam kaki. Ada yang kata, mandi air panas yang bercampur belerang boleh merawat beberapa jenis penyakit kulit.


Aktiviti seterusnya adalah memetik Strawberry di Taman Strawberry...!  Keadaan cuaca yang agak dingin menjadikan tempat ini sesuai untuk tanaman strawberry. Di situ nanti, Pemilik kebun akan memberikan korang raga dan korang pun bolehlah memetiknya sendiri...!


Then, bila dah penat memetik tu mesti korang rasa laparkan sooo....korang akan dibawa ke Floating Market Lembang untuk melihat pasar yang terapung dan  sambil tu menikmati lunch hour disana. Sebelum terlupa, untuk makan minum korang kena bayar guna token tau...!!!


Bila energy dah full, korang akan dibawa ke tempat yang sememangnya syurga membeli-belah bagi kaum hawa di Dago / Riau Factory Outlet.  Ia merupakan pusat fesyen terkini yang menawarkan pelbagai pakaian model terkini untuk lelaki, wanita dan kanak-kanak. Antara factory Outlet di sini ialah Blossom, Grande, Raffless, Glamour, Runaway, Jetset, Centre Branded​​​​​ dan banyak lagi...!


Untuk aktiviti malam pula, korang akan dibawa ke Sierra Cafe & Lounge  untuk dinner dan boleh menikmati permandangan indah seluruh Bandung di waktu malam sebelum kembali ke Hotel.


Hari 2

Untuk hari ke-2, korang akan breakfast di hotel dan kemudian akan  menuju ke Pasar Baru. Ia merupakan tempat membeli belah yang cukup popular bagi pelancong asing. Di sini korang boleh mendapatkan pelbagai barang dan sebagainya.


For lunch pula, korang akan dibawa ke Restoran Simpang Raya, yang menyediakan nasi padang kira-kira macam Nasi campur jugaklah. Restoran tu menyediakan pelbagai jenis lauk-pauk tetapi disarankan korang memilih lauk yang korang betul-betul nak makan aje...ehem...ehem...paham-paham lah ye....


Dah selesai lunch, korang seterusnya akan menuju ke Cihampelas dan Kartika Sari since tempat tu berada dalam area yang sama. Di Cihampelas, korang bolehlah shopping sebab barang-barang kat situ pun murah ada macam-macam pakaian di jual disana. Kartika Sari pula merupakan salah satu tempat yang biasanya 'wajib' dikunjungi oleh pelancong dan ianya popular dengan bakeries terutamanya kek lapis dan bermacam-macam lagi. Aktiviti hari kedua akan tamat dengan dinner di hotel.


Hari 3

Seperti biasa, breakfast akan disediakan oleh pihak hotel, kemudian  korang akan ada aktiviti bebas untuk korang pergi jalan-jalan sebelum korang akan dihantar ke bandar/ stesen untuk ke Airport. 


Macam mane..? menarikkan...? So apa yang korang tunggu lagi, cepat-cepatlah contact kita orang kalau nak ke Bandung dan menikmati semua yang telah kita orang explainkan tadi. Ini no. contact kita orang:

Miss Effa: 012-3102309

No comments:

Post a Comment