Hai
you all...!!!
E
& I in the house.....>___<
Hari
tu kita orang ada citer pasal pakej Bali kan? So, hari nie kita orang still
akan citer pasal pakej Bali tapi yang nie untuk you all yang suke
sangat-sangat dengan adventure...so shall we proceed....?
Pakej
3 (3HARI 2MALAM)
Aturcara
Perjalanan
Hari
1 (Banyak lawatan air laut ye...)
Jadual
untuk hari pertama, korang akan di ambil kat airport pastu check in kat hotel
sebelum korang dibawa pergi ke Pantai Tanjung Benoa untuk watersport
activity yang pasti membuat korang teruja sebab situ banyak giler aktiviti air
yang dorang buat. Kalau tak caya korang boleh tengok gambar kat bawah ni...
Dah
puas bermain kat pantai dan dah tukar baju, korang akan menuju ke Taman Budaya Garuda Wisnu Kencana (Garuda
Wisnu Kencana Cultural Park), disingkatkan kepada GWK ini terletak di
Tanjung Nusa Dua, Kabupaten, Bandung. Ia terletak kira-kira 40 kilometer di
sebelah selatan Denpasar. Sebenarnya ada citer pasal patung-patung ni tapi
kalau korang nak tau kenalah gi sana...huhuhu.
Lepas korang mengunjungi
GWK, korang akan dibawa makan di local restoran sebelum menuju ke Pantai
Pandawa atau pun dikenal pula dengan nama Pantai Kutuh. Pantai Pandawa
terletak di Bali Selatan, atau lebih tepat di Desa Kutuh, Kecamatan Kutu Selatan,
Kabupaten Badung, Bali.Dulu pantai ini dikenal sebagai Secret Beach sebab
lokasi yang berada di belakang tebing-tebing tinggi ditumbuhi oleh semak
belukar tapi kini sebuah jalan telah di buat untuk menuju ke sana. Nama Pantai
Pandawa diambil dari nama tokoh pewayangan Panca Pandawa dan di sebabkan itu
bila korang masuk ke kawasan pantai, korang akan disambut secara susunan berturutan oleh patung Pandawa
Lima, iaitu: Yudhistira, Bima, Arjuna, Nakula, dan Sadewa. Kelima-limanya
diukir dengan indah dan uniknya disimpan di dalam tebing-tebing kapur.
Pura Luhur Uluwatu terletak
di atas jurang dengan ketinggian 100m di atas permukaan laut dan ia adalah
tempat keagamaan bagi penduduk di Bali satu ketika dulu. Kat situ nanti, korang
akan berpeluang melihat show yang menceritakan pasal ‘Ramayana’, ‘Sita’ dan
‘Monyet Putih’...ala...yang macam ‘Monkey King’ tuuu....Sebelum terlupa, korang
diingatkan sentiasa berhati-hati dengan pencuri disana which is ‘MONYET’
kawasan tu penuh dengan monyet liar so bagi sesiapa yang bawak beg sandang tepi
and pakai spek mata be careful ok...
Last
aktiviti untuk hari tu sebelum korang balik hotel adalah Sunset Dinner di
Pantai Jimbaran, ia adalah tempat yang sangat indah dengan matahari yang terbenam untuk pasangan kekasih or dengan famili menikmati makan malam special untuk dijadikan kenangan ketika bercuti....
Hari
2
Perjalanan
hari ke 2 korang akan dimulakan dengan aktiviti Ayung rafting atau Ubud rafting
yang merupakan salah satu aktiviti rafting yang sangat digemari oleh para
penduduk Bali dan pelancong asing. Nama ayung river rafting tu kalau korang nak
tau dia diambil dari nama sungai ayung yang digunakan untuk tempat melakukan
Bali rafting. Ubud rafting ini terletak di daerah desa payangan Ubud, sebuah
desa yang masih mengekalkan budaya dan alam semula jadi. Sebelum terlupa,
korang jugak akan makan tengah hari di Ubud rafting since situ ada menyediakan makan tengah hari.
Aktiviti
seterusnya, korang akan kunjungi Bali Bird Park untuk menyaksikan pelbagai
jenis burung Indonesia didunia termasuk burung-burung exotic dari Afrika &
Amerika Selatan. Kawasan itu meliputi area seluas dua hektar yang dipenuhi oleh
pepohonan, taman tu menyediakan tempat tinggal hampir 1000 ekor burung dari 250
spesies burung. Selain itu, di sana ada juga haiwan reptilia seperti biawak,
ular dan lain-lain lagi...so sesiapa yang enjoy haiwan reptilia ni bolehlah
bergambar-gambar dengan reptilia tersebut.
Dah
penat melawat pelbagai tempat, korang akan menuju ke local restoran untuk makan
malam dan kembali ke hotel untuk berehat sebelum meneruskan aktiviti keesokan
hari.
Hari
3
Hari
terakhir di Bali, korang akan breakfast di hotel sebelum dibawa mengunjungi
pusat oleh-oleh khas Bali iaitu Jogger, kedai yang menjual cendramata dengan
ayat-ayat lucu. Sudah bershopping, korang akan lunch di local restoran dan
kemudian dihantar menuju Airport untuk menaiki penerbangan balik.
No comments:
Post a Comment