Thursday, 25 September 2014

Pakej Bali 1

 Pakej 1 (3HARI 2MALAM)
Aturcara Perjalanan

Hari 1

Korang akan dijemput di Bandara Ngurah Rai Bali Airport dan dibawa makan tengah hari sebelum mengunjungi Pura Tanah Lot. Tanah Lot sebuah tempat pelancongan di Bali yang menawarkan keindahan alam saat matahari terbenam. Keunikan Pura Tanah Lot ialah tempatnya yang terletak di tengah laut kira-kira 300 meter dari bibir pantai. Tanah Lot diambil dari perkataan ‘Tanah’ yang bermaksud sebagai batu karang, ‘Lot’ atau ‘Lod’ pula bermaksud laut. Jadi Tanah Lot dimaksudkan tanah yang ada di tengah laut.


Seterusnya you all akan menuju ke Pantai Kuta untuk melihat Sunset atau pun dalam BM matahari terbenam. ...romantik gitu....hohohho....Kalau korang sampai awal sebelum matahari terbenam, korang boleh aje enjoy buat aktiviti air kat situ.


Then, aktiviti untuk hari tu akan ditamatkan dengan makan malam sebelum check in di hotel...maa...

Hari 2

Jadual perjalanan korang akan bermula dengan breakfast di hotel sebelum ke Pantai Tanjung Benoa untuk Watersport Activity yang pasti membuat korang teruja sebab situ banyak giler aktiviti air yang dorang buat. Kalau tak caya korang boleh tengok gambar kat bawah ni...


Dah puas bermain kat pantai dan dah tukar baju, korang akan dibawa untuk lunch di local restoran. Kemudian menuju ke Taman Budaya Garuda Wisnu Kencana (Garuda Wisnu Kencana Cultural Park), disingkatkan kepada GWK ini terletak di Tanjung Nusa Dua, Kabupaten, Bandung, kira-kira 40 kilometer di sebelah selatan Denpasar. Sebenarnya ada citer pasal patung-patung ni tapi kalau korang nak tau kenalah gi sana...huhuhu


Destinasi perjalanan korang akan diteruskan ke Pantai Dreamland yang  terletak di desa Pecatu, kabupaten Badung, beberapa kilometer sebelum Pura Luhur Uluwatu dari arah Denpasar. Tempat tu kalau korang pergi memang giler cantik, korang boleh relax, beriadah dengan famili kat situ. Next, korang akan makan malam dan balik hotel.


Hari 3

Breakfast di hotel untuk last day sebelum korang check out. Kemudian korang akan berangkat menuju ke Tirta Empul yang merupakan salah satu tempat yang wajib dikunjungi oleh para pelancong baik dari luar mahu pun di dalam negara. Di situ, terdapatnya mata air yang gunakan oleh masyarakat pemeluk agama Hindu, untuk permandian dan menyuci diri mereka. Korang yang beragama Islam tak boleh mandi air situ except pelancong non muslim boleh. Selain tu, korang akan diberi kain kuning untuk diikat di pinggang sebagai menghormati adat tempat tu.


Perjalanan korang akan diteruskan ke Kintamani. Kintamani adalah satu kawasan yang penuh dengan keindahan pemandangan Gunung Batur dan Danau Batur di Bali. Kawasan Kintamani terletak di Desa Batur, Kecamatan Kintamani, Kabupaten Daerah Tingkat II Bangli. Kawasan Batur pula berada pada ketinggian 900 m di atas permukaan laut dengan suhu udaranya berhawa sejuk pada siang hari dan dingin pada malam hari. Di sekitar kawasan ini juga berdiri megah Pura Ulundanu Batur yang merupakan salah satu Pura besar yang ada di Bali.


Sebelum meninggalkan Bali, untuk kali terakhir korang akan dibawa untuk  mengunjungi tempat Shopping di bali iaitu Mr.Kuta Gallery, disana nanti korang bolehlah membeli oleh-oleh atau barang kenang-kenangan korang ketika di bali untuk di bawa balik. Perjalanan terakhir di Bali adalah menuju ke Airport.


No comments:

Post a Comment