Sunday, 28 September 2014

Honeymoon In Bali

Yooohooo.....E & I disini...!

Hari tu kita orang ada citer pasal pakej Bandungkan..? Pastu kita orang citer pasal Bali and Bali adventurekan...? So, hari nie kita orang nak citer lagi 1 pasal ‘Jom Bali’ jugak.....erk...!

Sorry salah pulak ‘Jom Bali’ tu nama Restoran.....yang E & I nak cakap nie pasal ‘BALI, Indonesia’ syurga bagi para pelancong dari seluruh dunia datang untuk relax.....hohoho.


Tapi Pakej Bali yang kita orang nie nak citer nie lain sikit sebab nie untuk mereka yang dah married, senang cakap pakej ni sesuai untuk hubby & wifey yang nak pi Honeymoon lah....(tak kiralah dah berapa banyak kali hanoymoon yang korang dah pergi....)



Pakej 2 (3HARI 2MALAM)

Aturcara Perjalanan

Hari 1

Since korang sampai petang dan mesti dah lapar giler ya amat bukan...? So, untuk hari pertama korang di Bali, korang akan di bawa mengunjungi Bounty Dinner Cruise sambil menikmati suasana makan malam yang romantik...Kat kapal tu korang boleh pilih nak makan ramai-ramai atau berdua sambil ditemani muzik romantik. Selain tu, korang akan di hiburkan oleh petunjukan tarian oleh penari atas kapal sebelum korang akandi hantar balik ke hotel.


Hari 2

Untuk aktiviti hari ke 2, korang akan diberi peluang memakai pakaian adat tradisi perkahwinan dan gambar akan di tangkap oleh Puri Cendana Photoshop. Hmmmm....tak rugi kalau korang ambik gambar sebab pakaian dia memang giler power lawa....


Seterusnya, korang akan ke  Pantai Tanjung Benoa untuk Watersport Activity yang pasti membuat korang teruja sebab situ banyak giler aktiviti air yang dorang buat. Kalau tak caya korang boleh tengok gambar kat bawah ni...


Dah puas bermain kat pantai, korang akan menuju ke  Taman Budaya Garuda Wisnu Kencana (Garuda Wisnu Kencana Cultural Park), disingkatkan kepada GWK ini terletak di Tanjung Nusa Dua, Kabupaten, Bandung, kira-kira 40 kilometer di sebelah selatan Denpasar. Sebenarnya ada citer pasal patung-patung ni tapi kalau korang nak tau kenalah gi sana...huhuhu


Destinasi kita yang seterusnya adalah Bali Orchid SPA, bagi korang LADIES yang rasa penat ya amat bolehlah buat spa selama 2 jam di situ tapi MANS pun boleh buat spa jugak...jangan segan-segan, jangan malu-malu, sebab SPA ni ada macam-macam jenis so just relax.


Pura Uluwatu terletak di atas jurang dengan ketinggian 100m di atas permukaan laut dan ia adalah tempat pemujaan agama bagi penduduk di Bali satu ketika dulu. Kat situ nanti, korang akan berpeluang melihat show yang menceritakan pasal monyet...ala... yang macam ‘Monkey King’ tuuu....Sebelum terlupa, korang diingatkan sentiasa berhati-hati dengan pencuri disana which is ‘MONYET’ kawasan tu penuh dengan monyet liar so bagi sesiapa yang bawak beg sandang tepi and pakai spek mata be careful ok...


Last aktiviti untuk hari tu sebelum korang balik hotel adalah Sunset Dinner di Pantai Jimbaran, ia adalah tempat yang sangat indah dan romantis untuk pasangan yang dalam mood honeymoon menikmati makan malam special sambil ditemani matahari terbenam.


Hari 3

Pada hari tu korang akan diberi kebebasan untuk pergi ke mana-mana korang suka asalkan korang tak lewat untuk ke airport sudahlah.... 

No comments:

Post a Comment