Saturday, 13 September 2014

10 Perkara yang anda patut lakukan ketika di Bandung



  • Menikmati pemandangan dari atas gunung Tangkuban Perahu, sebuah gunung berapi yang masih aktif.


  • Menikmati ketenangan dengan merendamkan kaki di  kolam air panas yang terletak di Kawah Domas selepas turun dari Kawah Ratu di Tangkuban Perahu.


  • Membeli-belah sepuas hati di kedai-kedai Factory Outlet di Jalan Dago dan Jalan Riau. Bagi peminat Jeans, anda boleh mendapatkan jeans yang anda minat di Jalan Cihampelas. Manakala bagi peminat kasut pula, anda boleh melihat dan membeli kasut idaman anda di Jalan Cibaduyut.



  • Untuk mengenali Indonesia dengan lebih mendalam, anda boleh melawat muzium geologi bandung yang terletak di cincin geologi api.


  • Sewaktu di Bandung, anda perlu cuba untuk menikmati hidangan yang cukup popular iaitu Laksa Bandung, brownies kukus atau Ketan panggang (makanan unik bandung).
  • Bagi yang datang bersama keluarga, anda boleh membawa anak anda ke Saung udjo angklung untuk menonton konsert muzik tradisional buluh Sudan dan tarian indah yang persembahkan oleh sekumpulan kanak-kanak.
  • Menikmati keindahan sisi tasik biru sulfur yang terletak di Kawah putih, sebuah gunung berapi yang tidak aktif.


  • Jangan lupa untuk singgah sebentar di Ciwidey yang terkenal dengan tanaman strawberry dan juga Tasik Situ Patenggang, yang dikelilingi dengan ladang teh.


  • Menikmati secawan panas Bajigur (air Kelapa) sambil menghayati pemandangan Bandar Bandung dari bangunan atas Gedung Sate. 
  • Berkelah di Dago Pakar, iaitu sebuah taman hutan yang berfungsi sebagai takungan air untuk Bandar Bandung 













No comments:

Post a Comment